Khamis, 14 Mac 2013

☼☀☁☂☃ WISEL AMARAN ☼☀☁☂☃

[ Wisel Amaran ]

1. Apakah itu WISEL AMARAN.

Wisel Amaran merupakan salah satu akitiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk mengawal situasai di dalam bilik darjah.

2. Bagaimanakah Wisel Amaran digunakan?

Wisel Amaran ini digunakan apbila murid melakukan sesuatu tindakan yang melanggar peraturan di dalam bilik darjah.

Contohnya : Semasa Cikgu Daniel tengah mengajar, tiba-tiba Cikgu Daniel melihat seorang anak muridnya telah melanggar peraturan di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid tersebut telah menganggu rakan disebelahnya dengan menarik-narik buku rakannya tersebut. Sebagai tindakan Cikgu Daniel telah meniup wisel dengan 1 tiupan. Walaubagaimanapun, selang beberapa minit daripada masa kejadian tadi, murid tersebut sekali lagi mengulang tindakannya, Cikgu Daniel sekali lagi meniup wisel tersebut dengan tiupan sebanyak 2 kali. Namun murid tersebut masih tetap berdegil dengan buat kali ketiganya dia mengulangi tindakannya dengan menganggu rakannya dan Cikgu Daniel telah meniup wisel dengan 3 tiupan dengan bunyi nyaringan yang berbeza.

Berdasarkan kejadian di atas :

Jumlah Tiupan
Tindakan
1 kali tiupan
Sekadar amaran biasa
2 kali tiupan
Amaran keras yang diberikan
3 kali tiupan
Tindakan diambil (Berjumpa dengan guru disiplin atau guru besar)

+
=

Sokongan daripada Model Pengurusan Disiplin : Berdasarkan model Displin Asertif Canter, Beliau menyatakan bahawa guru berhak mengajar tanpa sebarang gangguan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar.






9 ulasan:

  1. Bagus. Ada aplikasi modal disiplin.

    BalasPadam
  2. menarik dan bersesuain untuk dipraktikkan dalam hampir setiap mata pelajaran. namun ada pertanyaan adakah bersesuaian dengan mata pelajaran agama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaedah ini sesuai dilaksanakan bagi semau mata pelajaran termasuklah mata pelajaran agama. Ingatkan kita bahawa semasa di bangku sekoah rendah dahulu, kita ada amali wudhu'. Ustaz atau ustazah akan membawa kita ke tempat wudhu di surau sekolah. Bayangan kan lah, semasa kita tengah sibuk memerhatikan murid mengambil wuduhu' tiba-tiba ada sekumpulan murid dari kelas yang sama berlari berkeliaran dan jarak meeka agak jauh daripada ustaz/ustazah. Sekiranya ustaz/ustazah menggunakan wisel.. lagi mudah untuk menarik perhatian murid.. dan andai ustaz/ustazah menggunakan suara yakni menjerit..kadang2 dengan jarak jauh murid tidak dapat mendengar suara ustaz/ustazah.. Harap jawapan memuaskan hati anda. ;-)

      Padam
  3. aktiviti yg menarik... :)

    BalasPadam
  4. aktiviti yang menarik,,murid akan lebih fokus terhadap pengajaran guru..tahniah.

    BalasPadam
  5. tahniah....
    aktiviti yg menarik.... :)

    BalasPadam
  6. dari mana dapat idea ni..? ^_^

    BalasPadam