Khamis, 21 Februari 2013

Konsep Pengurusan Bilik Darjah


Pengenalan dan definisi Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku

Pengenalan:

  • Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
  • Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
  • Pembelajaran serta potensi pelajardapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.
Definisi:

         Lemlech (1988): 

  • Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
  • Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

        Hall (2000):

  • Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
  • Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
  • Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

·         Levin dan Nolan (2004):

  • Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri