Jumaat, 15 Mac 2013

DI SEBALIK TOKEN


Di sebalik token?

Disebalik token adalah salah satu kaedah kreatif yang direka bagi membantu guru menyelesaikan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Ianya direka dengan menekankan teori-teori perkembangan kanak-kanak dan berdasarkan prinsip-prinsip model pembelajaran.

Bagaimana ia membantu guru?

Token-token pelbagai warna sebanyak 10 keping akan diberikan kepada setiap seorang murid.  Seterusnya, guru akan menerangkan kepada murid kenapa mereka diberikan token-token pelbagai warna. Setiap token mewakili satu markah setiap satunya.
Token berfungsi apabila:

           Pelajar melakukan tingkah laku salah.
Guru akan mengambil 1 daripada 10 token yang diberikan kepada murid. Ini bermakna markah murid juga akan berkurangan selari dengan berkurangnnya token. Token ini juga berfungsi agar murid tidak dapat melakukan pernipuan.

Pelajar melakukan tingkah laku positif.
Guru akan menambah 1 kepada 10 token yang sedia ada apabila murid menunjukkan tingkah laku positif. Ia berfungsi sebagi satu ganjaran atas perlakuan murid.
·         Pelajar yang telah melakukan tingkah laku salah dan kehilangan token, sekiranya ia melakukan tingkah laku postif, maka tokennya akan dikembalikan dan markah akan ditambah kembali.

Di akhir pembelajaran guru, murid yang mempunyai markah 8 ke atas akan diberikan ganjaran (makanan or sesuatu yang memotivasikan murid).

Khamis, 14 Mac 2013

BINTANG UNTUK-MU



APAKAH ITU BINTANG UNTUK-MU...?

Bintang untukmu merupakan salah satu kaedah pengajaran dan aktiviti yang guru boleh jalankan dalam usaha untuk mengawal situasi masalah dan tingkah laku dalam bilik darjah.




BAGAIMANAKAH BENTUK BINTANG UNTUK-MU...?

Bintang untukmu ini merupakan carta bergambar yang diletakkan di hadapan kelas yang mudah dilihat oleh para murid.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKANNYA...?


BINTANG UNTUK-MU ini akan diberikan kepada para murid apabila murid melakukan perlakuan yang disukai oleh guru. Namun, apabila murid melakukan perlakuan yang melanggar peraturan dalam bilik darjah, maka BINTANG akan diberikan dan dilekatkan pada carta. Dan sekiranya murid bertindak dengan menunjukkan perlakuan yang bermasalah, maka guru akan menggugurkan bintang tersebut. Di akhir bulan, guru akan menghitung jumlah bintang yang terdapat pada carta dan akan memberikan ganjaran kepada murid. (boleh dihitung pada akhir setiap bulan atau akhir setiap minggu).


Contohnya : Semasa sesi P&P, Cikgu Daniel melihat seorang anak muridnya telah melanggar peraturan di dalam bilik darjah. Sebagai teguran dan tindakan, Cikgu Daniel telah menggugurkan bintang daripada carta tersebut.



Berdasarkan kejadian di atas :