Jumaat, 15 Mac 2013

DI SEBALIK TOKEN


Di sebalik token?

Disebalik token adalah salah satu kaedah kreatif yang direka bagi membantu guru menyelesaikan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Ianya direka dengan menekankan teori-teori perkembangan kanak-kanak dan berdasarkan prinsip-prinsip model pembelajaran.

Bagaimana ia membantu guru?

Token-token pelbagai warna sebanyak 10 keping akan diberikan kepada setiap seorang murid.  Seterusnya, guru akan menerangkan kepada murid kenapa mereka diberikan token-token pelbagai warna. Setiap token mewakili satu markah setiap satunya.
Token berfungsi apabila:

           Pelajar melakukan tingkah laku salah.
Guru akan mengambil 1 daripada 10 token yang diberikan kepada murid. Ini bermakna markah murid juga akan berkurangan selari dengan berkurangnnya token. Token ini juga berfungsi agar murid tidak dapat melakukan pernipuan.

Pelajar melakukan tingkah laku positif.
Guru akan menambah 1 kepada 10 token yang sedia ada apabila murid menunjukkan tingkah laku positif. Ia berfungsi sebagi satu ganjaran atas perlakuan murid.
·         Pelajar yang telah melakukan tingkah laku salah dan kehilangan token, sekiranya ia melakukan tingkah laku postif, maka tokennya akan dikembalikan dan markah akan ditambah kembali.

Di akhir pembelajaran guru, murid yang mempunyai markah 8 ke atas akan diberikan ganjaran (makanan or sesuatu yang memotivasikan murid).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan