Sabtu, 16 Mac 2013
Jumaat, 15 Mac 2013
DI SEBALIK TOKEN
Di sebalik token?
Disebalik token
adalah salah satu kaedah kreatif yang direka bagi membantu guru menyelesaikan
masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Ianya direka dengan menekankan
teori-teori perkembangan kanak-kanak dan berdasarkan prinsip-prinsip model
pembelajaran.
Bagaimana ia membantu guru?
Token-token
pelbagai warna sebanyak 10 keping akan diberikan kepada setiap seorang
murid. Seterusnya, guru akan menerangkan
kepada murid kenapa mereka diberikan token-token pelbagai warna. Setiap token
mewakili satu markah setiap satunya.
Token berfungsi
apabila:
Pelajar
melakukan tingkah laku salah.
Guru akan
mengambil 1 daripada 10 token yang diberikan kepada murid. Ini bermakna markah
murid juga akan berkurangan selari dengan berkurangnnya token. Token ini juga
berfungsi agar murid tidak dapat melakukan pernipuan.
Pelajar melakukan tingkah laku positif.
Guru akan
menambah 1 kepada 10 token yang sedia ada apabila murid menunjukkan tingkah
laku positif. Ia berfungsi sebagi satu ganjaran atas perlakuan murid.
·
Pelajar yang telah melakukan tingkah laku salah dan
kehilangan token, sekiranya ia melakukan tingkah laku postif, maka tokennya
akan dikembalikan dan markah akan ditambah kembali.
Di akhir
pembelajaran guru, murid yang mempunyai markah 8 ke atas akan diberikan
ganjaran (makanan or sesuatu yang memotivasikan murid).
Khamis, 14 Mac 2013
BINTANG UNTUK-MU
APAKAH ITU BINTANG UNTUK-MU...?
Bintang untukmu
merupakan salah satu kaedah pengajaran dan aktiviti yang guru boleh jalankan
dalam usaha untuk mengawal situasi masalah dan tingkah laku dalam bilik darjah.
BAGAIMANAKAH BENTUK BINTANG UNTUK-MU...?
Bintang untukmu ini merupakan carta bergambar
yang diletakkan di hadapan kelas yang mudah dilihat oleh para murid.
BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKANNYA...?
BINTANG UNTUK-MU ini akan diberikan kepada para murid apabila
murid melakukan perlakuan yang disukai oleh guru. Namun, apabila murid
melakukan perlakuan yang melanggar peraturan dalam bilik darjah, maka BINTANG
akan diberikan dan dilekatkan pada carta. Dan sekiranya murid bertindak dengan
menunjukkan perlakuan yang bermasalah, maka guru akan menggugurkan bintang
tersebut. Di akhir bulan, guru akan menghitung jumlah bintang yang terdapat
pada carta dan akan memberikan ganjaran kepada murid. (boleh dihitung pada
akhir setiap bulan atau akhir setiap minggu).
Contohnya : Semasa sesi
P&P, Cikgu Daniel melihat seorang anak muridnya telah melanggar peraturan
di dalam bilik darjah. Sebagai teguran dan tindakan, Cikgu Daniel telah menggugurkan
bintang daripada carta tersebut.
Berdasarkan kejadian di atas :
Langgan:
Catatan (Atom)