Selasa, 12 Mac 2013

Model Pengurusan Displin

1. Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B. F. Skinner



Model ini menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku. (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel,Pengurusan Bilik Darjah, 2008 ). Terdapat  dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah, pujian dan sokongan di atas apa yang dilakukan.Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan  negatif pula berlaku apabila rangsangan yang lebih keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tingkah laku pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi. Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya, Pelajar membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada pelajar. Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas. Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan.


2. Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter


Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive Discipline: A Take-Charge Approach for Today’s Educator (1976). Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).  Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:
Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid:
  •       Bertindak tenang
  •       Konsisten
  •       Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.
  •       Beri peluang murid luahkan perasaan.
  •       Teguran langsung kepada murid peringkat rendah
  •       Tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

3. Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs


Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap  pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah:

1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang salah.

2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil dan   bersikap autokratik.

3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba kenal pasti punca kelakuan mereka.

4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah dan tidak upaya.

Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

4. Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S. Kounin

Model ini  telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan ‘Konsep Riak’ - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah:

1)    Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.

2)    Merangkumi semua (withitness):  Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.

3)    Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.

4)    Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.

5)    Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons seorang murid sedang diberikan.

6)    Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.

Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti berikut:
  1. Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect).
  2. Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta oleh Kounin.
  3. Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan.
  4. Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran optimal berlaku.
  5. Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.


5. Model Terapi Realiti oleh William Glasser


Diperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.
Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:
  1. Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.
  2. Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan.
  3. Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.

Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan. Guru juga perlu mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa.

Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser:
•      Membantu murid membuat pilihan yang wajar
•      Mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi
•      Menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau
•      Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku mereka
•      Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku
•      Percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif












Tiada ulasan:

Catat Ulasan